Monday, May 9, 2011

Surat cinta dariku untukMu;

Telah sekian lama menjadi penghuni didunia fana ini,
Entah apa yang telah ku perbuat, terlalu banyak asyik dengan lirikan dunia,
Menyusuri jalan membawa diri untuk mencari kebahagiaan,
Namun dalam perjalanan, ku tidak sedar terlalu banyak onak dan duri serta racun berbisa,
Aku meredahnya tanpa diriku yang kebal dan tanpa berwaspada, apatah lagi untuk melindungi diri,
Aku tak memiliki senjata...bisakah aku menempuhi setiap liku-liku perjalanan itu yang masih panjang...

Pada mula aku bertatih, terasa masih jauh perjalananku,
Banyak yang aku tidak tahu disetiap laluan yang ku temui itu,
Aku tak mengerti semua perjalanan hidup ini,
Aku masih tidak dapat bezakan yang mana baik dan buruk,
Tapi aku masih terlindung...masih selamat dari segala wacana bahaya .

Kemudian, aku sudah boleh berjalan,
Semakin laju ku rasakan dalam mengejar penghujung jalan ku ini,
Tapi aku tak mengetahui sejauh mana lagi panjangnya perjalananku,
Aku mula mempelajari sedikit demi sedikit  setiap perkara yang aku temui dalam permusafiranku ini,
Banyak yang aku kecapi dalam meredah  jalanan ini,
Tapi...kalau dulu aku tidak tahu membezakannya, kini aku keliru yang mana baik dan tidak baik untuk ku,

Aku adakalanya berani untuk mencuba, adakalanya aku terbuat apa yang aku tak pasti itu,
Susahnya bila bermusafir tanpa membawa senjata, tanpa berbekal,
Dimana harus aku singgah untuk mendapatkan semua kelengkapan ini,
Kalau di sepanjang perjalanan ini, aku tidak temui satu pun pertolongan,
Berjayakah aku meredahi perjalananku ini dengan selamat,
Mesti aku terkapai-kapai apabila tersilap langkah,
Boleh jadi tersesat jalan atau pun  mengundang bahaya.

Semakin lama masa dan semakin jauh perjalananku, aku tidak berdaya lagi untuk berpatah balik,
Kerana aku tidak tahu dari mana asal perjalananku,
Perjalanan ini sungguh panjang dan berliku-liku,
Aku terpaksa teruskan perjalanan dan seringkali aku tersasar dari jalananku ini,
Aku tidak tahu harus bagaimana lagi, aku cuba teruskan jua,
Setiap kali aku jatuh, aku terus bangkit,
Sehinggalah satu saat, aku menegenali pancaroba hidup perjalanan ini,
Aku tersedar dari mehnah perjalanan ini, rupanya aku bukan bersendirian,
Disetiap saat permusafiranku ini, ada yang Maha Esa sedang memerhatikanku,
Oh, sungguh aku lega menyedari semua ini,
Tapi dalam ku melangkah kaki, aku selalu lupa pada Dia,
Aku menzalimi diriku sendiri,
Apa yang telah aku lakukan dalam setiap langkah perjalananku ini,
Ya Allah, betapa banyaknya dosa hambaMu ini,
Betapa jahilnya diri hambaMu ini,

Kini aku sudah mampu berlari,
Semakin dekat untuk ku sampai ke penghujung jalanku,
Tapi aku masih tidak tahu berapa kilometer lagi untuk sampai ke sana,
Kalau dulu aku tidak sedar aku ditemaniMu ya Allah,
Kini aku tahu akan kewujudanMu dimana-mana sahaja,
Kalau dulu aku tidak tahu, keliru baik dan buruk,
Kini aku ma’rif tentang semua itu,
Ya Allah, ampunilah aku, yang sering melupakan Mu,
Berilah aku petunjuk hidayahMu,
Agar aku tidak tersesat lagi dan berjaya harungi hidup ini dengan sempurna.

Seandainya esok akan terhenti perjalananku ini,
Ampunilah aku, tempatkanlah aku ditempat syurgaMu,
Seandainya masih ada esok untukku, perteguhkanlah hatiku untuk menebus segala salahku,
Temukanlah aku dengan insan yang mencintaiMu,
Supaya aku ada arah dan sentiasa dibimbing ke arah jalan Mu,
Dan berilah aku anugerah yang terbesar Ya Allah, yakni ‘cinta’,
Cinta kepadaMu, kepada RasulMu, kepada kitabMu, kepada agamaMu,
Aku ingin cinta ini terus subur di dalam hati ku ini,
Biarlah ia mekar menghiasi taman sanubariku,
Aku ingin sangat mempunyai kebun ‘cinta’ seperti ini,
Kerana aku ingin memetiknya  selalu dan menikmati kelazatannya, keindahannya.

Aku mengharapkan cinta dan rinduku hanyalah untukMu ya Allah,
Biarlah aku tak bisa, tapi aku ingin berusaha,
Aku tidak mahu terus hidup dalam kejahilan dan menzalimi diri sendiri lagi,
Aku tidak mahu tersesat dalam musafir ku ini,
Moga-moga musafirku kali ini menemui cinta hakiki,
Agar aku dapat bersemadi dengan aman nanti,
Menjadi tempat persinggahanku yang selamanya...
Engkau teguhkanlah hati hambaMu ini,
Agar dapat menemuiMu dipenghujung jalan ini.
Astaghfirullah hal’aziim ya Rahman Ya Rahim.....

Alhamdulillah ya Allah, akhirnya aku mampu dan berjaya  meluahkan bait-bait cintaku pada helaian ini,mudah-mudahan Engkau sambut cintaku ini dan memberi aku kekuatan untuk merealisasikannya..amiin ya robbal alamin...

Yang tulus ,
Aku musafir yang hina,
( An-nur / islam_precious@ymail.com)
9-mei-2011 / 11.23 p.m.

Saturday, May 7, 2011

apakah benar mimpiku ini!


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Aku cuba meyakini diri ini untuk melakarkan sebuah mimpi yang dirasakan aneh dan mengejutkan yang telah ku lalui sebelum ini...mimpi itu adakalanya indah, adakalanya menakutkan, dan adakalanya benar, adakalanya juga hanya mimpi semata-mata...

Sebermulanya... sekitar mei –august tahun lepas 2010, sekembalinya aku ke markaz, tempat ku menimba ilmu selama ini, di hostel tempatku menetap sementara...bersama rakan sebilikku, aku berteman. Seperti malam-malam kebiasaanya, aku tidur pada jam 11 malam. Lampu sudah pun dipadamkan. Rakan sebilikku sudah pun nyenyak diulit mimpi. Tinggal aku yang sibuk dengan bantalku, selimutku..entah apa yang tak kena lagi. Biasalah bila mata tak mengantuk , macam2 rasa ada yang tak kena, tak selesa..

Selepas segalanya ok, aku membaringkan badan ini jua kerana keesokan harinya aku ada exam. Dapat baring, rasa nikmatnya boleh merehatkan badan dikatil yang empuk itu. Namun tak sampai lima minit pun aku pejamkan mata, ku rasa seolah-olah ada sesuatu, seseorang...bantal dan katil di bahagian kepala ku...kenapa ni? Apa ni? Siapa?...macam ada orang cuba duduk di tepi kepala ku ni...dalam hati yang sudah berdebar2 ini, aku tertanya2...semakin ku terasa...ada seseorang disampingku..ya, benar...dan aku bukan bermimpi..aku masih sedar..aku tahu, aku bukan bermimpi..aku pejamkan mata ku rapat2 walaupun berada dalam keadaan gelap..tak terdaya untuk aku memanggil rakanku itu, dan untuk bergerak pun aku sudah tidak berani..ya Allah, tolong aku...aku berselawat, baca ayat qursi...tak putus2..tapi makin lama, makin sukar ...
Subhanallah, aku sudah separuh sedar...rasa seperti melawan sesuatu yang aku tidak berdaya untuk melihatnya, apatah lagi untuk menyentuhnya. Diri sudah berpeluh, degupan jantung seakan-akan tidak dapat ku rasakan lagi. Sesuatu yang aku maksudkan tadi sudah memegang kepalaku. Aku dengan tanpa melawan cuba berzikir, namun tidak jua ia lepaskan...kakiku terkapai2...pada masa itu, aku sudah di awang-awangan, maksudku seolah-olah tiada orang lain selain aku dan dia. Tiada siapa mendengar jeritanku..

Nak tahu kenapa dia memegang kepalaku...dia cuba membuka mulutku kuat2 dan ingin mencabut tiga batang gigiku...ketika ini aku sudah seperti didalam alam mimpi...selepas merasakan diri tidak dikatil lagi, aku dibawa ke satu tempat yang samar-samar. Ditemani seorang perempuan bertudung biasa,dia memelukku dan aku dibawanya berjalan2 sambil meredah hujan yang renyai-renyai. Dalam keadaan yang samar-samar dan sepi itu, sejuk..aku melihat reaksi ramai orang di pesisir jalan...kemana dia ingin bawa aku ni..aku berjalan dalam hujan, tapi tidak basah, aku melanggar tiang, tapi tak rasa..seperti hanya jasadku sahaja pada masa itu. Setelah lalui semua itu, tiba2 aku sampai di kampungku. Tapi ia tidak sama seperti yang real. Dalam pada itu, aku lihat sudah ramai keluarga dan sanak-saudaraku berkumpul. Kenapa ni? Aku cuba bertanya, tapi tidak ada seorang pun pedulikan aku. Adakah mereka tidak nampak aku? Tiba-tiba si perempuan baik yang menemani aku tadi memberitahuku, bahawa ini kenduri untuk si mati yang akan berlangsung selepas ini. Siapa? Siapa yang akan mati? aku tertanya2 sendiri.

Aku diam memerhatikan mereka. Aku risau..aku cuba ingin beritahu, bahwa akan ada yang akan mati dikalangan @#$%..tapi tak berdaya...janganlah keluarga aku. Aku rindukan mereka...aku dibawa beredar dari tempat itu...

Hampir waktu subuh, aku terjaga dari mimpi itu. MasyaALLAH, aku terus memikirkan mimpi itu. Apakah benar terjadi semalam. Aku rasa aneh, kerana ia terjadi disaat aku masih belum lena tidur dan malah ia seperti real. Walaupun separuhnya aku di alam mimpi..selepas dari mimpi itu, aku seringkali memikirkannya. Apakah benar. Dan apakah tanda tiga batang gigi yang ingin dicabutnya itu??? Astaghfirullahalazim..tak baik aku percaya benda karut-marut ni..biarlah..aku hanya berdoa mudah-mudahan segalanya baik.
Tiga hari selepas mimpi tersebut, baliknya aku dari exam, jam 5 petang..aku berjalan-jalan keseorangan. Rasa hari ini macam lain je. Ada ape ek?..

Aku sampai dibilik dan solat asar. Aku baru teringat telefonku yang ku simpan dalam loker almari tu, aku off tadi. Aku on, terkejut tengok banyaknya panggilan tak dijawab dari kakakku. Ish, kenapa ni. Hati ku sudah mula risau, tiba-tiba teringat mimpi itu..ya Allah...aku miscoll akakku balik, supaya dia coll aku semula..namun aku dapat mesej. “salam. Pok su wen baru meninggal dunia petang tadi. Slps asar.” Orang kampungku...
Innalillah hiwa’inna ilaihiroji’uun...firasatku tentang mimpi itu semakin kuat..ia berlegar-legar difikiranku..betulkah mimpi itu..siapa lagi dua orang? Ya Allah, ampunkanlah aku seandainya diriku yang jahil ni tersasar dari jalanMu. Aku tidak tahu. Syirikkah aku mempercayai mimpi ni...

Aku mula risau, dan selalu aku berdoa mudah-mudahan tidak ada apa yang berlaku. Aku ingin saje menceritakan pada akakku, tapi tak jua aku ceritakan. Rasa berat untuk ceritakan kerana aku aku takut ia benar-benar terjadi. Jadi aku biarkan mimpi ni hanya untuk kesedaranku. Namun, aku rasa ingin pulang ke kampung dan berada disamping familyku. Tapi kerana bulan itu adalah bulan final exam. Jadi aku tak dapat pulang.

Dipendekkan cerita, selang berminggu2 selepas itu, pada bulan ramadhan, aku dikejutkan pula dengan berita tentang bapa saudaraku. Dia tiba2 jatuh sakit (pada waktu bersahur)dan terus tidak sedarkan diri. Dibawanya ke hospital, keadaannya makin tenat. Doktor mengesahkan ia strok, tapi tidak tahu sejauh manakah ia benar, menurut doktor juga sudah tidak ada harapan untuk diselamatkan. Hanya menunggu masanya..( punca awalnya dia jatuh sakit kerana terlalu sakit kepala. Pada masa itulah dia jatuh dan tak sedarkan diri. )Sehinggalah akhirnya ia meninggal tanpa sempat melihat orang ramai yang berada disisinya sedang bersedih melihatnya. Di saat sebelum dia pergi jauh, melihat dirinya yang dipenuhi dengan wayar2 dibadannya, matanya yang rapat terpejam dan tubuhnya kaku tidak berdaya untuk bergerak lagi, seolah-olah sama seperti ia sudah tiada. Adakah ini yang kedua? Mimpi aku ....aku semakin yakin bahawa ia kemungkinan ada benarnya. Mungkin itu khabar berita yang ingin disampaikan melalui aku..ya Allah, ampuni aku...berilah aku petunjuk, agar tidak sesat dengan kejahilan diriku sendiri..
Aku sudah tidak dapat berhenti dari memikirkan tentang mimpi itu...aku takut, kalau benar terjadi...dan yang ketiga? ‘’orang-orang tua cakap kalau bermimpi tercabut gigi, ada orang berdekatan dengan kita akan mati”. Tapi bukan untuk aku percayakan semua ini, tapi aku risau...apakah mimpi aku itu benar...

2 minggu berlalu...

Sebagaimana yang bermain difikiranku, sekali lagi aku dikhabarkan dengan berita bahawa atok aku yang dah beberapa hari sakit pula kembali ke rahmatullah.innalillah....sekarang baru aku tahu, tanda tiga batang gigi itu yang ingin dicabut adalah kemungkinan berita ini yang ingin disampaikan. Aku sedar, mimpi yang aneh itu membawa 1000 makna kepadaku. Menginsafkan aku dan menyedarkan aku dari kelalaian . Namun kepercayaanku kepa Robbi adalah segala2nya. Aku bermohon agar aku tidak tersesat dengan duniawi akan kejahilan diriku sendiri dan tipuan godaan syaitan semat-mata..nau’zubillah humin zaalik. Al-fatihah ku sedekah untuk atok, bapa saudaraku dan saudara-maraku yang sudah kembali kerahmatullah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sekalian .amiin.
Inilah mimpi yang ku alami...banyak mimpi yang dirasakan janggal berlaku dalam hidupku. Pernah juga aku bermimpi merasakan diambang kematian, disaat nyawa dicabut...subhanallah, amat menyeksakan...insyaAllah, kalau berkesempatan, ku akan kongsikan cerita ini di lain entry blog ku.

Wednesday, May 4, 2011

AURAT OH AURAT....
             
  
















DULU VS. SEKARANG 

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal (by seorg insan...@#$)


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... 
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi 
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak... 
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... 
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... 
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia... 
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... 
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... 
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... 
Kakak pun rasa hairan... 
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... 
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... 
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... 
Pastu mak jemur karpet-karpet. .. 
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong.. 
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. 
Ada kat dalam almari... 
Ada kat dalam dalam beg... 
Ada dalam ASB... 
Ada kat dalam Tabung Haji.. 
Mak cakap tak berapa cukup lagi... 
Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..?? 
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... 
Mak cuma gelak jer... 
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... 
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan. 
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... 
Mak tetap takmau pi hospital... 
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. 
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... 
Tapi kiter berkeras juga pujuk.. 
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak.. 
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil.. 
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... 
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak... 
Ampunkan kami semua... 
Kami nak mak sehat... 
Kami sayang mak... 
Kami tak mau mak sakit... 
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... 
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital 
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... 
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta... 
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit.. 
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... 
Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran... 
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... 
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...? 
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... 
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... 
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak... 
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 
Bila tiba aja kat hospital... 
Nurse tengah balut mak dengan kain putih... 
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... 
Mesti mak nampak abang cium dahi mak... 
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... 
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... 
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak... 
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... 
Adik kat sebelah diam melayan perasann... 
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... 
Jalan di depan terasa makin kelam... 
Airmata dah tak mampu di tahan... 
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... 
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... 
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini... 
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... 
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak... 
Kiter masih ingat lagi... 
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... 
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ... 
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... 
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... 
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan... 
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... 
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." 
Bila makcik tu kata gitu... 
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak... 
Sampai takat ini surat ni kiter tulis... 
kiter nangis ni... 
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi... 
Takder orang yang bangun lagi... 
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..! 
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, 
Kiter baca yassin untuk mak... 
Mak tunggu ya..!

Mak.. 
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... 
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir... 
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... 
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak... 
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk... 
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya... 
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... 
Airmata kiter tak boleh tahan... 
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... 
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... 
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... 
Badan akak terasa panas... 
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... 
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... 
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib... 
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan... 
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan... 
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... 
Kiter rasa nak telefon mak... 
Nak cakap dengan mak... 
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... 
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter... 
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." 
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... 
Rasa nyilu sangat... 
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... 
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak... 
Cukup la sampai sini dulu... 
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... 
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... 
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... 
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... 
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... 
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje... 
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca... 
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... 
akhir kata untuk mak 
I LOVE YOU SO MUCH 
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... 
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. 
Sampai masuk universiti.. 
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... 
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil