Monday, April 18, 2011

inilah pemimpin yang dicari...

Terpegun melihat Tuan Guru Dato Nik Aziz bersama sahabat-sahabat seperjuangannya, tanpa berkarpet merah atau pun kuning, tanpa penghawa dingin, sudah cukup untuk beliau sebagai memberi penghormatan kepadanya. Tidak kira di mana, sesibuk mana pun, sesukar mana pun, beliau tetap mencontohkan sikap mulia beliau, bukan riak tapi kerana cinta sejati yang beliau miliki di dalam hati, iaitu cinta kepada Ilahi.
sujudku hanya padaMu ya Robb.


 Tuan Guru Dato Nik Aziz mengimamkan solat jenazah. Subhanallah, inilah pemimpin yang kita cari selama ini. Selalunya aku lihat, pemimpin atau orang yang berkenamaan hanya berpaku disisi perkuburan si jenazah sambil menadahkan doa yang dibacakan imam. Inikan pula menjadi imam. Betullah bak kata pujangga cinta, ''kerana cinta, aku turutkan, kerana kasih, aku semaikan,'' Engkaulah cintaku ya Robbi. Tidak layak hambamu untuk merasa megah walaupun diberi kuasa.Sifat yang berlebih-lebihan itu dibenci Tuhan. Biarlah hidupku bersederhana didunia, tapi ku mengharapkan ia sempurna di akhirat kelak, InsyaAllah.. Doakan Tuan Guru sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan selalu. aamiin...
 Lihatlah, kitab sentiasa dibawa bersama...menadah ilmu tak pernah jemu-jemu...bekalan sepanjang hayat..
 ikhlasnya senyumanmu, luhurnya budi pekertimu, menghilangkan resah hidup orang lain.
Di bumi kita berpijak, pada dasar hati kita berhasrat. Kata sepakat, membawa muafakat, demi mendamba                  kebaikan dan mengelak kejahatan.
                                             Redup wajahmu, membayangkan seribu makna.
Betapa kudusnya dirimu.Syukran Tuan Guru kerana menyedarkan aku akan kerendahan dirimu terhadap Sang Pencipta, tulusnya cintamu kepadaNYA. Caramu, pemakaianmu, kehidupanmu tidak melambangkan kemewahan tetapi jiwamu, budimu, nasihatmu, ilmumu cukup menerangkan padaku akan kekayaanmu yang kau miliki selama ini.

No comments: