Saturday, April 30, 2011

Bila Al Qur'an bisa bicara !

Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu' aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkau pun selalu menciumku mesra
 

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?

Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syaitan
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian
Di atas almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Siang harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang... pagi-pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar  atau menonton berita TV
Waktu senggang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Basmalah)
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stesen radio favoritmu
Aku tahu kalau itu bukan Stesen Radio yang senantiasa melantunkan ayatku

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku melantun
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kadang kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu

Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar melupakanku
Bila malam tiba engkau tahan mata berjam-jam di depan TV
Menonton pertandingan Liga Italia , muzik atau Film dan Sinetron drama
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu...aku menjadi semakin kusam dalam almari
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini tersekat-sekat dan kurang lancar lagi setiap membacaku.

Apakah , TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan ? Bila
engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba engkau akan
diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selamat melaluinya.

Sekarang engkau begitu asyik membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...kuranglah  umurmu...
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.

Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Bukan buku-buku lain yang engkau baca yang akan membantumu Dari perjalanan di alam akhirat
Tapi Akulah "Qur'an" kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci
Yang berasal dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.

Keluarkanlah segera aku dari almari atau lacimu...
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi dan siang
Seperti dulu....dulu sekali...
Waktu engkau masih kecil ...
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

Thursday, April 21, 2011

KEPADA RAKAN2 SAYA YG BERAGAMA ISLAM....SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA.

Ni satu memo yang di post kat FB saya by sorang insan yang bernama sekian2. Tak perlulah rasanya untuk disebut namanya, yang penting nak sampaikan memo ini sebenarnya. Rasa menarik sangat memo tu , malah penting sangat2 kena ambik tahu. Terima kasihlah kat akhi kita yang post ni. Diharap pada sesape yang dah masuk ke entri blog ni, bacalah ye. Dont melawat2 saja. Nanti kang ilmu dah depan mata, tapi tak nak ambik tahu, rugi tuu... Jangan amal sikap begini.he...tolak rezeki jugak lahtu namenya...By the way, bacalah, tengoklah betapa teruknya zaman sekarang. Bak kata oarang kelantan ‘’tok tau nok wat gano lagi’’,..so sama2lah kita berdoa dan buat yang terbaik sehabis daya kita. Pada yang diberi kuasa (pangkat), berkuasalah dengan cara yang betul. jangan biarkan ‘islam’ semakin lesu ditelan zaman. No way!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!  
      
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.          

 Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:        
1)                         Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.        
2)                            Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .      
3)                            Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.          
4)                            Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.        
5)                           Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.          
6)                           Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.        
7)                           Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.        
8)                           Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.          
9)                           Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.    
10)                      Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.        
11)                Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.      
12)                    Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.  

            Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!        

         Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.      

         Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)            

 SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Monday, April 18, 2011

inilah pemimpin yang dicari...

Terpegun melihat Tuan Guru Dato Nik Aziz bersama sahabat-sahabat seperjuangannya, tanpa berkarpet merah atau pun kuning, tanpa penghawa dingin, sudah cukup untuk beliau sebagai memberi penghormatan kepadanya. Tidak kira di mana, sesibuk mana pun, sesukar mana pun, beliau tetap mencontohkan sikap mulia beliau, bukan riak tapi kerana cinta sejati yang beliau miliki di dalam hati, iaitu cinta kepada Ilahi.
sujudku hanya padaMu ya Robb.


 Tuan Guru Dato Nik Aziz mengimamkan solat jenazah. Subhanallah, inilah pemimpin yang kita cari selama ini. Selalunya aku lihat, pemimpin atau orang yang berkenamaan hanya berpaku disisi perkuburan si jenazah sambil menadahkan doa yang dibacakan imam. Inikan pula menjadi imam. Betullah bak kata pujangga cinta, ''kerana cinta, aku turutkan, kerana kasih, aku semaikan,'' Engkaulah cintaku ya Robbi. Tidak layak hambamu untuk merasa megah walaupun diberi kuasa.Sifat yang berlebih-lebihan itu dibenci Tuhan. Biarlah hidupku bersederhana didunia, tapi ku mengharapkan ia sempurna di akhirat kelak, InsyaAllah.. Doakan Tuan Guru sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan selalu. aamiin...
 Lihatlah, kitab sentiasa dibawa bersama...menadah ilmu tak pernah jemu-jemu...bekalan sepanjang hayat..
 ikhlasnya senyumanmu, luhurnya budi pekertimu, menghilangkan resah hidup orang lain.
Di bumi kita berpijak, pada dasar hati kita berhasrat. Kata sepakat, membawa muafakat, demi mendamba                  kebaikan dan mengelak kejahatan.
                                             Redup wajahmu, membayangkan seribu makna.
Betapa kudusnya dirimu.Syukran Tuan Guru kerana menyedarkan aku akan kerendahan dirimu terhadap Sang Pencipta, tulusnya cintamu kepadaNYA. Caramu, pemakaianmu, kehidupanmu tidak melambangkan kemewahan tetapi jiwamu, budimu, nasihatmu, ilmumu cukup menerangkan padaku akan kekayaanmu yang kau miliki selama ini.

Saturday, April 16, 2011

PENGANTIN DI ALAM BARZAKH...

Pengantin...untuk semua...
pada suatu masa yang ditetapkan...
kini pasti dirisik...pertunangan sejak azali...dihujung hidup mati.
Berlangsungnya perkahwinan dengan maut...
Hantarannya...sakit dan nazak...
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis...
Pengantin dimandikan...
Dipakaikam baju cantik putih...
Wangian gaharu dan cendana...
Keranda jadi pelamin...
Pengantin bersanding sendirian.
Diarak keliling kampung...
Berkompangkan azan dan kalimah kudus...
Berwalikan liang lahat.
Saksi pula nisan-nisan...siraman air mawar...
Keluarga terdekat menepung tawar...tiba masa pengantin...
menunggu sendirian.
Malam pertama bersama KEKASIH...
Di kamar bertilamkan tanah...
Dan DIA menuntut janji...sucikah kita...
Tatkala berpadu...
Pernahkah taubat sepanjang hayat...
Atau terkubur bersama dosa-dosa..
Dan DIA Kekasih itu...menetapkanmu...
Ke syurga...atau ke melemparkanmu ke neraka..


''Tuhan layarkanlahku ke arah cintaMu, tuntuniku menggapai redhaMu,
rimbunan kasihMu ku berteduh, kepadaMu Ya Tuhan berikanku secebis 
keinsafan, untuk bekalan sepanjang perjalanan demi mencari ketenangan.